AHLAN WA SAHLAN

Monday, September 6, 2010

knape dgn TUDUNG?


Isu yang dipilih kali ini agak unik kerana ia memfokuskan kepada golongan Hawa iaitu mengenai tudung. Sekarang, memakai tudung bukanlah sesuatu yang pelik. Kita boleh lihat di mana-mana sahaja ramai wanita yang memakai tudung tanpa mengira peringkat umur. Baik remaja hinggalah kepada warga emas.
Sebenarnya, tiada kewajipan dalam Islam untuk memakai sehelai kain yang diberi nama ‘TUDUNG’. Apa yang wajib keatas kita adalah menutup aurat. Jika kita gunakan kotak sekalipun dan aurat kita tertutup dengan sempurna, maka kewajipan ke atas kita untuk menutup aurat sudah pun selesai.
Persoalan yang kita hadapi sekarang adalah, ramai yang memakai tudung tetapi aurat mereka masih ‘tersergam indah’ untuk ditonton dengan bebasnya oleh golongan lelaki. Kepala sudah ditutup dengan cantik tetapi bahagian-bahagian badan tertentu dibiarkan ‘tertonjol’. Adakah ini boleh dipanggil menutup aurat?
Ini lah fenomena yang berlaku jika tujuan menutup aurat hanyalah sekadar untuk ‘berfesyen’ atau malas nak jaga rambut. Jadi cara yang mudah adalah memakai tudung.
Jadi apa yang perlu difahami adalah, menutup aurat dan memakai tudung adalah 2 perkara yang berbeza. Jika anda memakai tudung, tapi masih menampakkan bentuk badan, maka anda masih belum sempurna dalam menutup aurat.

No comments:

Post a Comment